22

авг

Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.

Selain itu, pelaksanaan dasar ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan kurikulum BM dan BI disamping memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati BI dan guru kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas serta dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS). Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.

Aktiviti program mbmmbi sekolah rendah

Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Condition zero cheat.

Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Come costruire un generators eolico pdf free download programs.

Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran, pembimbing murid dan pemupuk semangat, serta pembentuk sahsiah murid. Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak. Kabinet memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan Satu bermula tahun hadapan. Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah sudah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Antara inisiatif terbabit ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah. Kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan.

Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Dasar MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI bukan sahaja prinsip pendidikan yang bestari, tetapi pelan tindakan untuk menjamin pelestarian warisan linguistik bahasa Melayu. Hal itu dikatakan demikian kerana dasar MBMMBI akan memastikan generasi muda Malaysia cekap dalam penggunaan bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa terpenting pada masa ini melalui pendekatan yang lebih berwaspada tentang imperialisme bahasa Inggeris yang jika tidak diselenggarakan dengan baiknya, akan menyebabkan peminggiran bahasa Melayu di tanah watannya sendiri. Walau bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Oleh itu, dasar tersebut akan memastikan aspek budaya pada ekologi linguistik negara yang ikut diwarnai bahasa Inggeris, khususnya yang berkenaan dengan jati diri budaya negara Malaysia, akan terus dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa, lebih-lebih lagi yang kecil dan tidak terkecuali juga beberapa bahasa besar, oleh bahasa antarabangsa itu. Melalui jurnal ini juga, dinyatakan beberapa bentuk kajian ilmiah lain yang telah dijalankan oleh ahli akademik yang lain. Beberapa kajian menunjukkan perubahan bahasa pengantara dalam sesi pengajaran dan pemebelajaran memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dan minat pelajar untuk mengikuti pengajian tersebut.

Popular Posts